Dengan mengakses atau menggunakan Sistem Pengurusan Automation KRS Musleh, anda bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat berikut:
Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga kerahsiaan ID dan kata laluan yang diberikan. Sebarang aktiviti yang berlaku di bawah akaun anda adalah tanggungjawab anda atau pihak sekolah anda.
Sistem ini hanya boleh digunakan untuk tujuan pengurusan data keahlian, pelaporan aktiviti, dan urusan rasmi KRS Musleh. Penggunaan sistem untuk tujuan sabotaj, kecurian data, atau gangguan teknikal adalah dilarang sama sekali.
Pengguna mestilah memastikan maklumat yang dimasukkan ke dalam sistem adalah tepat, terkini, dan benar bagi tujuan pelaporan kepada pihak KPM, KBS, JPN dan PPD.
Pihak pentadbir eHQ KRS Musleh tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul daripada penggunaan sistem ini yang tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Kami berhak untuk meminda Syarat Perkhidmatan ini pada bila-bila masa. Anda dinasihatkan untuk menyemak halaman ini secara berkala untuk mengetahui sebarang perubahan.
Pihak pentadbir berhak menggantung atau menamatkan akses pengguna sekiranya didapati melanggar syarat-syarat penggunaan atau tidak lagi aktif dalam organisasi.
← Saya Faham & Kembali